Tuesday, June 23, 2009

APA KHABAR SEMUA?

Rasanya dah agak lama tak update blog aku ni... sibuk kerja memanglah, cuti di Sabah tempohari mungkin kena tambah lagi kot, entah bila ya? Hari ini Samsiah tugas luar di Kuala Lumpur, baru sekejap Sam sms, ada dalam train ERL ke KL Sentral menuju terus ke sana, sebelum bermalam di Hotel City Villa...hotel penuh kenangan, mengingatkan sahabat karibku arwah abang Jins, kami pernah tinggal di hotel ini selama sebulan sebelum aku bertukar ke Labuan, kebaikannya hanya Allah sahaja yang tahu. Mudah-mudahan rohnya aman bersemadi di alam Barzaq. Al-Fatihah untuk arwah abang Jins.

Dua anak lelaki sibuk di Kl, Amirul di UITM masih bergelut dengan tesis masternya, Aizat pula bersedia untuk ditauliahkan sebagai pegawai TLDM, sekarang berlatih kawat kot? Adik-adiknya, tiga dara denganku di Labuan....Semoga semuanya berjaya dalam pelajaran, harapan ibu dan bapa.

Selamat Hari Bapa kepada semua BAPA!

Ini sebahagian gambar kami di Sabah tempohari....




4 comments:

sonata anak kancil said...

Selamat menyambut hari bapa....bapa keluarga & bapa kepada anak murid....anak murid mengharapkan keprihatinan seorang bapa...

SAHAR MISRON said...

Terima kasih kepada semua ibu, tiada ibu tiadalah bapa kan?....Seronok jadi cikgu anak (murid) ramai.....pergi mana pun ada yang tegur...

Aizat Amzar said...

happy belated father day..
ijat xstat kawad lg..
bln 11 kang br stat kawad..
skang wat latihan fizikal dlu..
dlm bln 8 akhir br pi latihan di Lumut..

SAHAR MISRON said...

Thank you my son, teruskan latihan, nanti jadi pegawai TLDM yang berguna kepada negara Malaysia. Selamat ke Lumut... cari kesan tapak kaki abah masa buat praktikal USM dulu, kajian pelancongan Lumut/Pangkor!