Tuesday, May 5, 2009

SAMBUT HARI JADI KE-50 DALAM HUJAN LEBAT

Kenangan sambutan Hari Jadi ke-50 sebelah malam penuh kenangan yang tidak dapat dilupakan. Aku dan Ammar (Pengetua SMK Labuan) ke Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Labuan ke-25 juga sempena Water Festival di Kompleks Sukan Antarabangsa Laut Labuan, di sana berjumpa dengan Pengarah Pelajaran Labauan dan isterinya, kami duduk bersebelahan, di baris keempat, di belakang YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Pelancongan. Majlis yang diserikan dengan nyanyian penyanyi tersohor seperti Mawi, Ella, M. Daud Kilau, Khatijah Ibrahim, Milla dengan bunga api, majlis rasmi tamat jam 1030 malam, kami bersama dif jemputan lain mengiringi YB Menteri dan YB Ahli Parlimen Labuan ke kereta, YB dan datuk datin masuk kereta kami di belakangnya tiba-tiba terperangkap daam hujan tiba-tiba begitu lebat hingga lencun... Kami bersama-sama beribu-ribu penonton lain bertempiaran mencari perlindungan hujan lebat.

Alang-alang basah selepas seketika di bawah khemah, hujan mulai reda kami selamba dalam keadaan basah ke kereta kami yang agak jauh dari pentas utama.... Satu lagi masalah, mencari kereta 10 minit baru jumpa, lepas itu terperangkap jam macam di Kuala Lumpur. Lepas itu kami ke Masjid An-Nur, kereta Ammar di sana, malang lagi kerana pagar masjid berkunci, lalu kuhantar rakanku ke rumahnya di Taman Kawan-Kawan...Hampir jam 1.00 pagi baru aku sampai ke rumah di Durian Tunjung.

Sambut usia 50 Tahun dalam hujan, jam dan balik lewat dinihari.


Subuhnya, aku menerima sms daripada orang tidak dikenali menyampaikan khabar Haji Salleh Hj Bakar pulang ke Rahmatullah jam 1100 malam tadi, AL-FATIHAH. Allahyarham pengawal keselamatan sekolahku, bertugas dengan cemerlang.Semoga rohnya dicucuri Rahmat-Nya. Paginya kami warga SMK Lajau menziarahi jenazah bergilir-gilir.

4 comments:

Y0sHiOkI said...

ya allah..inalillah hiwaina ila hirajiun...Al-fatihah sya sdekahkan kpd beliau...

amiechomel said...

pastinya menjadi satu sambutan hari jadi yg tak dapat dilupakan!

sonata anak kancil said...

Alfatihah kepada yang telah pergi buat selama2nya.

Selamat hari lahir....udah 50 ? tentunya gembira, udah cecah 50.Semoga sentiasa sihat walafiat...

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Syukur sudah 50 Tahun dalam kesihataan yang baik, semuanya anugerah Allah jua....yang muda-muda tu terus jaga kesihatan..Rahsia sihat mudah sahaja... MINDA sentiasa SIHAT....