Sunday, March 22, 2009

GEOPARK LANGKAWI YANG MEMUKAU

Mesyuarat Pengetua dengan Pengarah dan pegawai JPN Labuan pada 18-21 Mac, mencipta kelainan dengan kesempatan cuti dengan menyusuri Taman Geopark KILIM yang sungguh memukau kami....dengan permulaan hujan lebat, hingga kami sempat membeli baju hujan 3 RM10.00, lucu juga melihat rakan-rakan yang tidak biasa memakainya, seperti menebar roti jala, yang akhirnya koyak-rabak.... basah lecun juga, kemudian cuaca kembali cerah. Perhentian pertama melihat pelbagai jenis ikan sangkar, yang paling menarik "ikan sumpit" yang pandai menyumpit macam orang asli apabila diberi roti makanannya.

Keliling kami hutan bakau yang beribu tahun usianya, sungguh mengagumkan, sesuai untuk aku yang "major Geografi" mungkin juga pengarah yang sama major di u, juga Puan Rosni... mungkin juga kawan-kawan lain pun tumpang seronok jua... Hutan bakau yang memukau, habitat hidupan tepi pantai yang unik, tidak hairanlah kalau kami lihat banyak sekali kapal "Mat Salleh" di sepanjang sungai berlabuh..mungkin juga sewa "parking:nya murah...

Selepas itu menyusur lagi menikmati batuan kapur yang pelbagai bentuk di keliling sungai/muara. Melihat ular kapak yang kekenyangan di atas dahan, boleh berada di situ berbulan-bulan lamanya. Menusuri lohong ombak yang membentuk gua batu kapur yang boleh dilalui ketika air pasang saja.

Memberi makan helang "Langkawi" dengan perut ayam, kumpulan helang yang banyak menyambar, sungguh menghiburkan....

Selepas itu kami melihat "Pulau Kasut" sebelum sejenak ke laut langkawi sempadan Siam, rasa nak berenang menyeberangi sempadan, aku lepaslah kerana bawa pasport, rakan lain apa hal.... tak jadilah "berenang" ke Siam.

Perjalanan akhir menyusur Gua Kelawar dengan lampu suluh sewa RM1.00, aku sudah bersedia dengan lampu suluh kecil dan "lighter" jika perlu digunakan.... bau tahi kelawar memualkan.... cepat saja jalan kami...bau hancing saja..."siapa makan cili terasa pedasnya"....

Pulang ke Jeti Mula dengan kepuasan kerana inilah antara hobi aku selain meredah hutan dan memanjat gunung. Di gerai makan Pengarah yang mulia hatinya dan pemurah belanja kami laksa langkawi, ok juga rasanya, kawan kami Ammar pesan mee udang, mak datuk besarnya udang.... mahal tu Pengarah! Lain kali kami belanja tuan pengarah pula, asyik tuan saja belanja malu kami....

Tiga jam menyusur "Geopark Langkawi" sungguh bermakna kepada kami. Gambar menyusul dalam post akan datang....

10 comments:

sonata anak kancil said...

Oh bestnya! orang geografi memang tersangat suka dengan natural environment ni...pantang kalau ada yang nak rosakkan alam sekitar ni. Sebab tu cikgu, saya suka berjalan hala2 'ke kampung'...gi bandar2 ni, tak seronok betul! Terutama pencemaran yang sangat teruk...saya belum tiba ke sini lagi. InsyaAllah akan tiba jugak...nak naik gunung kinabalu!!!

sonata anak kancil said...

cikgu cek kat komen lama - sape senior?

SAHAR MISRON said...

Masa tu 1985 saya baru nak daftar masuk USM,bukan "fresh" tapi "dah dekat "basi", luar kampus katakan mcam buat PhD sampai 6 tahun, cg Sonata my senior, "kena tabik"Apa kata pencen nanti lawan buat PhD...tak lama dah...Prof Santokh Singh masih ada lagi kot, dulu dia offer saya buat PhD dengan dia tapi masa tu sibuk di PPK, kat Labuan sibuk juga rupanya...buat PhD kat Brunei University kot?

Aizat Amzar said...

pi langkawi xbeli pape jajan utk ijat ker??

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Nak jajan langkawi, ada kami simpan "bilis langkawi".....

naadli88 said...

Assalamuaikum Tuan,pertemuan singkat saya dengan tuan di gerai (kempen penurunan harga dan belilah barangan Malaysia )sungguh bermakna bagi saya ,selama ni saya lihat dari jauh melalui blog ni,Syukur KepadaNya kerana mempertemukan saya dgn Tuan.Cukup mesra ,peramah dan perihatin.Semuga SMK LAJAU yang tuan terajui terunggul di Labuan ini jua peringkat Global (jangan tak percaya dgn kebolehan warga SMK Labuan ) yakin boleh! Selamat berjaya...ada masa-masa lapang ..MAI SECAWAN ...RADIX ..
BLOG TUAN CANTIK. TERUSKAN USAHA..

SAHAR MISRON said...

Saudara Ag terima kasih komen blog saya, pertemuan semalam amat bermakna, moga persahabatan ini berkekalan.... Terima kasih mendoakan kejayaan SMK Lajau, (yang bawah tu, mgkn silap sikit SMK Lajau bukan SMK Labuan kan?)Jumpa nanti, Radix mai secawan....

naadli88 said...

Tuan,kalau Pulau Labuan ni ada Geopark seperti Pulau Langkawi bagus juga,diharap pemimpin Rakyat di pulau ini memikirkan suatu produk pelancongan yang berdaya maju seperti mengadakan kapal pelayaran yang boleh membawa pelancong mengelilingi pulau labuan sambil memancing sotong atau ikan layaran atau pelancongan dasar laut (Sea World).Juga Jungle Tracking di Lubok Temiang,yang ada bukit-bukit tu...maaf tersilap taip (bukan )warga smk labuan tapi smk lajau.Produk herba pun bagus.Saya cdgkan warga SMK Lajau buat satu aktiviti berjalan mengelilingi Pulau labuan (pesisir pantai ).dah pernah buatkah? jalan di pantai tentunya sangat menarik .
Test dulu budak pengakap atau kadet (ujian ketahanan mental)-tidur pun di pantai pakai khemah.Dari Pantai Batu Manikar ke Tg Punei .(Kiansom)mungkin satu hari.dan seterusnya balik ke batu manikar.....semoga berjaya ..Pecah Malaysian Rekod tu.boleh buat aktiviti keluarga angkat pada kampung yang dilawati.khidmat masyarakat ,boleh guna pengetahuan geografi mengenai sistem pasang surut dan ekologi pantai dan sungai serta geomorfologi pantai serta sistem batuan yang terdapat di labuan ini.MAI SECAWAN...RADIX

naadli88 said...

6 jam berenang tarik jasad ibu
Oleh Saipul Adli Mohamad dan Ahmad Othman
am@hmetro.com.my



KOTA TINGGI: Hanya kasih sayang sejati mampu memberi kekuatan kepada seorang remaja Pakistan berusia 14 tahun untuk berenang selama 12 jam, termasuk enam jam menarik jasad ibunya, selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini, semalam.

Walaupun menyedari ibunya, Zainab Oirkeel, sudah tidak bernafas lagi, Muhammad Aqeel Qirkeel Hussin, 14, menggunakan kain Pashminanya untuk mengikat jasad pada rantai leher yang berlambangkan Yasin.

Dia menggunakan seluruh kudrat menarik mayat ibunya daratan dengan berpandukan titik cahaya dalam kegelapan malam.

Menceritakan pengalaman menyayat hati itu, Muhammad Aqeel, satu-satunya mangsa bot karam yang diselamatkan setakat ini, berkata ujian dihadapinya bagaikan tidak putus-putus apabila dia turut diserang ketam.
“Saya berulang kali menepis dan membuang ketam itu supaya tidak terus naik ke badan saya dan ibu,” katanya dalam bahasa Urdu yang diterjemahkan jurubahasa Muhamad Junus Lalahan.
Muhammad Aqeel yang melelas pada lehernya akibat geseran rantai dan kain Pashmina ibunya, ditemui wakil media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, malam tadi. Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin.

Remaja itu berkata, dia bersama enam keluarga datang ke Malaysia untuk melancong dan menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur kira-kira seminggu lalu.

Kemudian, katanya, keluarganya ke Johor Bahru sebelum menaiki teksi ke chalet di Pengerang Ahad lalu.

“Kira-kira jam 7 malam kelmarin, kami sekeluarga menaiki bot bersama dua orang lain yang tidak dikenali tanpa memakai jaket keselamatan.

“Selepas setengah jam, tiba-tiba bahagian depan bot menjunam dan terus tenggelam,” katanya.

Dia berenang mencari keluarga di kawasan itu kira-kira jam 12 tengah malam sebelum menemui ibunya yang terapung.

“Saya tidak sangka akan selamat hingga sebuah kapal besar lalu berhampiran saya pagi tadi (semalam) dan memberi pertolongan,” katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur mengesahkan enam rakyat negara itu yang ditemui mati lemas di perairan Teluk Ramunia, Pegerang dekat Kota Tinggi, semalam berasal dari Quetta.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian itu adalah satu keluarga dan mereka dikenali sebagai Zainab, Zulkqarnain, Sidiqqa, Hameed, Qasim Ali dan Jumah Khan.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi itu yang difakskan ke pejabat Harian Metro di sini, malam tadi, semua mangsa tiba di Kuala Lumpur pada 18 April lalu di atas tujuan lawatan sosial.
“BERILAH KASIH SAYANG KITA 100% KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA ,SELAGI DIA HIDUP DAN SELEPAS DIA TIADA”..Semuga kita ditempatkan dalam golongan manusia pertama masuk syurga..

SAHAR MISRON said...

Sdr. Ag, memang masa saya di Geopark Langkawi terbayang juga kalau produk pelancongan seperti itu ada di Labuan, mengelilingi Pulau Labuan boleh menjadi daya tarikan yang sangat menarik....Saya buat tinjauan di sekeliling Labuan memang ada khazanah bakau yang boleh menjadi tarikan pelancongan, cuma burung helang kena tukar dengan bangau kot? Cadangan sdr. memang baik, nanti saya cadangkan kepada warga SMK Lajau, mungkin sdr boleh jadi fasilitator juga atas kepakaran geologist sdr..... anak-anak kita pun bukan kenal batu, yang mereka kenal "batu Seremban" atau "batu belah batu bertangkup" sahaja he he he...

Terharu juga kisah anak yang sanggup berenang di laut menyelamatkan jasad ibunya, terima kasih atas perkongsian maklumat.... Nanti kita jumpa di UK...