Tuesday, February 3, 2009

BERJUMPA JIRAN SETAMAN DI KUALA LUMPUR

Petang semalam nak jadi cerita, selesai berbengkel ABM apabila masuk ke lif terkejut juga apabila terserempak dengan jiran belakang rumahku di Jalan AU2B Taman Seri Keramat KL yang sudah lebih enam tahun kami tak berjumpa, jiranku itu saudara Kamal. Kami bersembang di lobby bersama sahabatku Saudara Yusup Mohamed, pengetua SMK Pantai. Saudara Kamal dalam perjalanan dari Sandakan, seterusnya ke KK dan esok pagi ke Tawau sebelum pulang ke KL. Katanya sekarang kegiatan perkumpulan penduduk di AU2B tidak semeriah dahulu, semasa ASP Najib menjadi penghulu Taman, walaupun beliau sudah balik semula ke KL, ASP Najib menyewa di taman berdekatan.

Sebelah malam bersama Saudara Jirim Toysim, Pengetua SM St. Anthony,dengan Kamal kami makan roti canai di kedai Mamak (pekerjanya tidak faham bahasa Melayu)Sebelumnya aku dan Yusup juga makan roti canai... Sebelah petang aku dan Samsiah makan ikan bakar di Pasar Filipina. Malam sempat bersama Pembantu Tadbir, Saudara Azahari Abd. Rahman berbengkel di Tingkat 8, Hotel Imperial International, Kota Kinabalu. Esok kami sambung bengkel.

5 comments:

sonata anak kancil said...

Kadang2 begitu lah, yang diluar jangka akan kita temui...Sape sangka kan boleh jumpa kenalan /rakan lama?

Macam saya, last year ke Taman Negara Pahang, masa breakfast, rakan sejawat yg dah hampir 15 tahun di KL jumpa semula di chalet yang sama!Rupanya dia meeting sebagai pemeriksa PMR ...

Ni dah salah ...sempat dating ye!Makan berdua aje, tak toleh kiri kanan le tu!

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Cikgu,

aik, cikgu dulu tinggal kat Jalan AU2B Taman Seri Keramat???
saya tinggal kat Jln ET 10, tak jauh la kan???

heheeheh

erm, tahun bl cikgu tinggal c2???

SAHAR MISRON said...

Begitulah keadaan dunia sementara ini, berjumpa dan bertemu...

Shazul, saya di AU2B sejak 1993 hingga 2003, rumah saya di sana, sekarang saya sewakan

Y. Ibrahim said...

Memang begitulah dunia ni nampak saja besar, tapi masih boleh bertemu walaupun di mana kita berada.

salam ziarah
aibiwai, KL.

SAHAR MISRON said...

Hari ini selesai Bengkel ABM JPN Labuan, kami balik ke Labuan, esok mesyuarat di BTPN, Bukit Kalam.

Cikgu Aibiwai, terima kasih singgah di blog saya, saya juga guru Geografi macam cikgu, walaupun kini tidak lagi mengajar mata pelajaran ini sejak bertugas di Jabatan Pelajaran dan kemudian sebagai pengetua, agak sibuk sikit tapi nanti ingin juga ajar geografi. Tk cikgu