Sunday, September 14, 2008

KERENAH MURID-MURIDKU PADA BULAN PUASA

Macam-macam kerenah murid-muridku sepanjang bulan Ramadhan ini. Ada yang tidak berpuasa dengan alasan tidak bangun sahur, ada yang lewat ke sekolah kerana tidur balik selepas sahur. Malah ada yang membawa dan membakar mercun kecil cili padi dalam kawasan sekolah, khususnya murid Tingkatan satu. Yang peliknya penjualnya perempuan pula, sudah ada otak berniaga, pemainnya murid yang hiperaktif dengan rakan lelakinya dari kelas belakang. Apa lagi aku pun buat sport check, satu plastik kubawa ke bilik pengetua. Mereka yang terlibat kuberi amaran keras, bukan itu saja kupanggil MPV polis untuk memberi amaran, bermain mercun adalah bahaya, takut nanti ada jari mereka yang kudung pula gara-gara bermain mercun atau meriam buluh....

3 comments:

amiechomel said...

Memang kelakar la budak2 ni. Teringat masa masih di SEMELA dulu. Kat sini tak de dengar la cerita macam tu, maklumla semua duduk asrama, tak dapat le diorang nak main mercun ke, meriam buluh ke...

PrincesS Sofie said...

Hehehe...cgu sabar ye ^_^ ..
last week sya ada ternmpk budak lelaki sorokan mercun kat tepi dinding bilik kaunseling,tak smpi 1 minit dia dah amek balik...Huhu..tindakan cgu wat spot check mmg bgus :)

MeeT uNcLe sHaH said...

hahahaa!!! biasalah cg...
nama pun raya....
apa-apapun, semasa remaja ni lah masa bagi diorang 'memaknakan' aidilfitri dlm konteks mereka sendiri!!!
hahahaah!!!