Wednesday, August 6, 2008

MELAWAT KE RUMAH MURID

Pagi ini aku melawat ke rumah muridku yang kerap ponteng, setelah ibu bapa murid tingkatan satu ini datang berjumpa denganku di sekolah. Aku kunjungi murid ini dan memujuknya kembali ke sekolah, murid ini berjanji akan hadir keesokan hari. Aku tafsirkan, murid ini pendiam dan mempunyai masalah dalaman, nanti akan aku terokai masalahnya setelah hadir ke sekolah dan bekerjasama dengan kaunselor sekolahku. Mudah-mudahan murid ini akan menjadi murid cemerlang. Biarlah kunamakan murid ini Wan sahaja untuk ingatanku.

5 comments:

amiechomel said...

harap "Wan" akan rasa terpanggil untuk berubah, setelah kedatangan pengetua ke rumahnya...

SAHAR MISRON said...

syukur wan telah dua hari berturut-turut hadir ke sekolah, saya pantau rapi dia, kalau susah kena jadi anak angkat pengetua.... ada rasa kepuasan dalam diri jika usaha ini membuatkan wan ke sekolah dan terus jadi pelajar cemerlang PME 2010

SAHAR MISRON said...

sorry pmr

amiechomel said...

teruskan mengangkat, semoga diorang rasa terangkat sikit...

Anonymous said...

Sibuk sangat langsung lama tak beri berita.Jauh jalan nampaknya,inilah masanya nak jelajah seluruh Sabah,Sarawak dan Brunei.

Salam,sehat keluarga semua ?
Aku sehat.Lawatlah ke http://mokhtarsahmalik.esasterawan.net dan beri komen.Tulis apa je.