Sunday, July 6, 2008

PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI KE BRUNEI DS

Pada 30 jun lepas, rombongan kami dari Labuan melawat Brunei DS. Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di Brunei walaupun sudah hampir enam tahun menetap di Labuan. Dengan menaiki Feri dari Terminal Antarabangsa Labuan, kami bertolak jam 9.00 pagi dan sampai sejam lebih di Brunei DS. Tempat pertama kami lawati ialah Pusat Tingkatan Enam Berakas, selepas itu ke Kompleks Membeli-belah sebelum ke Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam.

Walaupun singkat waktu kami mendapat manfaat untuk digunakan sebagai pengalaman ketika merancang tugas apabila pulang ke Labuan kelak. Teman Jabatan Pelajaran Labuan serta pengetua dan guru besar Labuan pasti mendapat manfaatnya. Terima kasih kepada Pengarah Pengurusan Sekolah Harian, KPM, juga Pengarah Pelajaran Labuan yang membawa kami ke Brunei DS.

Mungkin selepas ini lawatan boleh dipanjangkan kerana lawatan singkat ini agak memenatkan kerana jangka masa singkat, orang kata "balik hari" selepas ini elok kalau lawatan dengan bermalam semalam dua.

8 comments:

Anonymous said...

ok juga tu wak
wak jawa johor

amiechomel said...

wah bestnya pergi brunei, takde gambar ke?

SAHAR MISRON said...

Cg, Azimah, gambar ada tapi driver thumb drive kat rumah rosak, hanya boleh on line saja, nanti saya betulkan dulu.

Wak Joh, bila nak datang ke Labuan boleh ke Brunei, bermalam kita di sana..

SAHAR MISRON said...

Cg, Azimah, gambar ada tapi driver thumb drive kat rumah rosak, hanya boleh on line saja, nanti saya betulkan dulu.

Wak Joh, bila nak datang ke Labuan boleh ke Brunei, bermalam kita di sana..

amiechomel said...

tak sabar nak tengok... cepatla betulkan...

SAHAR MISRON said...

rasa macam susah nak betulkan, tunggu tukar satu set komputer kot....

amiechomel said...

ala laptop kan murah je sekarang, belila baru. hehe. beli laptop HP Tablet yang boleh pusing-pusing skrin dia tu. Bestnya, bilala saya nak dapat laptop tu.

SAHAR MISRON said...

Ala lupalah, laptop memang adapun nanti ya saya masukkan gambar bila balik ke Labuan...