Wednesday, December 30, 2009

MESYUARAT POST-MORTEM PMR 2009

Petang ini, 30.12.2009 Mesyuarat Post-Mortem PMR 2009 dipengerusikan Pengarah Pelajaran W.P Labuan En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof diadakan di Bilik Mesyuarat JPN Labuan. Walaupun Pengarah agak sedih dengan sedikit penurunan keseluruhan W.P Labuan, setidak-tidaknya kami warga SEMELA menghadiahkan untuk Pengarah peningkatan 14.57% keseluruhan PMR 2009, kami berdoa semoga kami dapat mempertahankan atau meningkatkan prestasi untuk tahun hadapan, kami akan berusaha demi murid-murid SEMELA tercinta. Harapan kami untuk menghadiahkan kejayaan SEMELA sempena persaraan Pengarah Oktober 2010! Dalam mesyuarat tadi dalam nada separuh bergurau, sempat saya memohon agar diwujudkan Kelas Rancangan Khas di SMK Lajau, sekelas pun cukuplah!

Sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga guru dan staf SMK Lajau yang bersatu hati untuk kejayaan anak-anak murid SEMELA.

Thursday, December 24, 2009

PMR SMK LAJAU MELONJAK 14.57%

Peratus Kelulusan keseluruhan PMR SMK Lajau 2009 melonjak 14.57% berbanding pencapaian tahun 2008. Tahniah kepada seluruh warga SMK Lajau atas komitmen dan usaha serta semangat kesatuan hati, berkat doa seluruh warga sekolah, dengan izin Ilahi, kita syukuri pemberian-Nya ini. Walaupun hanya seorang yang mendapat straight A.Tahniah kepada NNur Sakinah bt Matnor.Kejayaan ini hadiah kepada warga sekolah, Pengarah JPN Labuan/KS JPN Labuan/Pegawai-pegawai JPN Labuan/ibu bapa/masyarakat Labuan yang kita kasihi. 3 calon mendapat 7A,1B; 1 0rang 7A,1C;4 orang mendapat 6A,2B; 1 orang 5A,3B.
Pencapaian GPS juga menunjukkan pencapaian menggalakkan daripada 3.31 kepada 2.85.

Terima kasih dan tahniah kepada semua.

Teruskan usaha adik-adik calon PMR 2010.

Selaku pengetua yang menerajui sekolah ini selama 3 tahun terasa kepuasan dan syukur atas doa semua guru dan staf untuk kejayaan anak-anak SMK Lajau, juga komitmen kalian, bersatu hati untuk kejayaan ini! Kita gemblengkan tenaga dan usaha untuk mencapai yang terbaik tahun hadapan, teruskan doa untuk SPM dan PMR anak-anak murid kita.

Kepada anak kami Nadiah yang mendapat 2A,4B kami juga ucapkan tahniah atas pencapaiannya, cuba lagi dalam SPM 2011, ikut jejak abang-abang dan kakakmu.Usaha mesti boleh!

Tuesday, December 22, 2009

SELAMAT BERSARA GURU BESAR SK SG LADA

Selamat bersara kepada En. Sidek Hj Said, GB SK Sg Lada yang bersara mulai 10 Disember lalu daripada kami sekeluarga serta warga SMK Lajau Labuan. Maaf kerana tidak dapat bersama-sama dalam majlis persaraan tuan pada 9 Disember kerana sedang mengikuti Kursus Moderasi Penceramah Induksi di Kota Kinabalu. Kami mendoakan tuan sentiasa sihat, panjang umur serta murah rezeki. Tahniah kepada tuan yang telah menabur khidmat dan jasa kepada kerajaan Malaysia sehingga ke usia 56 tahun, jasa baktimu tuan akan menjadi kenangan kepada mereka yang pernah menjadi murid/guru di bawah kepimpinan tuan di Labuan dll. Nak tunggu usia 58 untuk bersara macam tak lama lagi bagi diri ini, lagi-lagi kalau 56 tahun.....

Wednesday, December 9, 2009

BERJALAN-JALAN PAGI

Pagi-pagi membuat sedikit senaman ringan dengan berjalan kaki di sekitar hotel penginapan menyegarkan tubuh. Dari hotel berjalan bersama Sam, dan adik, selepas itu aku berjalan hingga ke bangunan KWSP. Menjenguk ke sungai di hadapan Balai Polis, aku melihat ikan-ikan berenang-renang dalam air sungai yang agak bersih. Sayangnya di tepi sungai dan di laluan aku berjalan penyenggaraan agak kurang, di sana sini penutup longkang yang pecah dan tiada membahayakan pejalan-pejalan kaki, khususnya kanak-kanak.

Keadaan stesen bas yang dalam keadaan kurang terurus, sampah sarap merata-rata menyakitkan mata memandang. Kita mengharapkan keadaan ini akan berubah dengan kesedaran warga bandar raya, memastikan sampah-sarap dibuang ke tempat pembuangan sampah. Biarlah kita menjadi warga berminda "kelas pertama"

Di hadapan Babngunan Konsulat Indonesia di hadapat hotel penginapan, kulihat ramai yang menunggu di hadapan pintu masuk, mungkin untuk urusan visa dsb.

Memang segar selepas berjalan-jalan pagi di sekitar hotel penginapan, adalah dalam 6KM aku berjalan pagi ini.

GELAGAT TEMAN-TEMAN MEMBENTANG

Seronok melihat rakan-rakan ketika membuat pembentangan dalam Bengkel Moderasi Penceramah Induksi di Kota Kinabalu. Ada yang agak gelabah,gemuruh, ada yang tidak mahu berhenti walaupun diberi pelbagai isyarat.....inilah bakal penceramah Induksi JPN Labuan untuk Tahun 2010. Anyway semua hebat-hebat belaka, sama-sama sepakat untuk belajar. Jangan lupa update bahan untuk digunakan tahun hadapan

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN BERSAMA RAKAN-RAKAN








Gambar kenangan bersama-sama rakan-rakan bagi Tahun 2009

Friday, December 4, 2009

KEBERHASILAN SEKOLAH MENENGAH LABUAN

Mencapai Visi



Pencapaian Cemerlang PMR,SPM dan STPM..penggunaan Headcount yang berkesan


Kemahiran Asas 3M dan Tapisan Pelajar Tingkatan 1



Kesungguhan Menyediakan Penilaian Berkualiti



Pemantapan Kokurikulum Sebagai Asas Peneguhan Displin



Kemenjadian Murid dan Penglibatan PIBG



Pengurusan Sumber Manusia(Guru dan Staf)



Pengurusan Kewangan dan Pembangunan(Audit)



Penguatkuasaan Penyediaan dan Penggunaan Buku Rekod Mengajar Guru



Penguatkuasaan Mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan



Penambahbaik Program 2009



Perbanyakan R& D , Inovasi dan Kreativiti dalam P&P ,Kokurikulum dan Pentadbiran

Sumber: Blog Pengarah Pelajaran Labuan
Bacaan Warga SMK Lajau, Labuan

Thursday, December 3, 2009

DI KLIA:SEDIKIT CATATAN TENTANG PEMANDU TEKSI

Tengah hari ini aku ke KLIA dari SUMMIT H Subang Jaya, dengan menaiki teksi ke sana. Baru hari ini apabila aku naik teksi ke KLIA, pemandunya dalam lingkungan 30-an menggunakan meter dari hotel. Semalam kutanya pemandu di hadapan Summit, RM80.00 kata pemandu itu tanpa meter, katanya balik kosong, itu alasan bertahun yang kita dengar.

Kali ini pemandu teksi yang mempunyai 4 anak, yang tua Tahun/Darjah 5 sahaja.Kulihat kejujurannya amat luar biasa. Kalaulah semua pemandu teksi KL seperti beliau memang aman Malaysia, imej kita pada mata pelancong harum semerbak. Dengan pengalaman 10 tahun memandu teksi, sudah ada permit sendiri setelah 4 kali memohon/merayu permit akhirnya dapat. Pada aku kerajaan patut bagi lesen kepada pemandu seperti ini, sekali mohon boleh beri permit. Permit untuk syarikat cukuplah dulu buat masa ini, kerana rata-rata pemandu teksi yang menyewa syarikat merungut bertahun-tahun.agi satu pengeluaran permit harus dikawal, takut nanti teksi lebih banyak daripada penumpang teksi.

Tahniah kepada pemuda bernama Aman, semoga rezeki halalmu mendapat keberkatan Ilahi untuk keluarga, anak-anak berjaya dalam pelajaran. Kalau menggunakan meter ke KLIA tak sampai RM60.00 pun campur bayaran tol, bonet belakang dan panggilan radio dalam RM52.00. Kuhulurkan secara ikhlas RM70.00 (lebih sikit bukannya banyak sangat pun)mengenangkan kejujuran pemandu teksi ini yang patut dicontohi pemandu lain.Sebenarnya penumpang lain pun sependapat denganku, mereka tidak kedekut memberi tambang lebih tetapi SYARATNYA bukan pemandu teksi yang buka mulut dulu, "KLIA RM80.00, KLIA RM90.00!!! dsb, alasan balik kosong tak boleh pakai. Harap kerajaan selesaikan "pencekik darah" pemandu teksi di Hentian Puduraya yang suka-suka minta harga tidak munasabah, ada ke Keramat, contohnya: siang buta RM40-80, mana ada munasabahnya, sejak kerajaan naikkan tambang teksi Ogos lalu, pada perkiraanku hanya dalam belasan ringgit sahaja.

Kerajaan tolonglah anak-anak remaja, makcik pakcik yang baru sampai dari kampung ditipu bulat-bulat, lainlah macam yang sudah biasa, hanya naik teksi yang lalu bukan yang tunggu (walaupun yang tunggu ada yang jujur) semua terpalit sama. Apa susahnya, buat sahaja sistem kupon seperti KL Sentral,KLIA, Hentian Duta dan tempat lain, semua senang, penumpang puas hati, pemandu pun tak tertekan, biarpun panjang beratur. Hairan juga kenapa kerajaan tidak laksanakan sistem kupon du Pudu Raya, apa masalah agaknya???Kutanya pemandu teksi sendiri mereka tidak suka "main" di sana pun, ... takut nama buruk walaupun guna meter.

Minta maaflah kalau catatanku ada yang terasa..........Lagipun cadanganku,penguatkuasaan JPJ ke LPKP ke mesti berterusan dan bukan bermusim, pakailah pakaian biasa menyamarlah sikit, bukan letak kereta dengan logo, lengkap beruniform, memanglah pemandu teksi bertukar jadi "baik" sekejap...tiada operasi balik asal. Kalau susah sangat buat sahaja pondok kat stesen Pudu Raya, tak guna meter terus cekup! Gantung/tarik permit. Buat penguatkuasaan tu merata-rata tempat, serentak,kalau satu negara lagi baik, siang malam...Rasanya pemandu teksi tak jujur tak ada ruang nak lari, mana tida, sana JPJ, sini LPKP, sana sini ada sahaja...Kalau tak percaya buat penguatkuasaan selama setahun berterusan, selesai masalah!!

Wednesday, December 2, 2009

MOHON MAAF KEPADA SEMUA AHLI PERWILA, KESIBUKAN LUAR BIASA

Ketua 2 memohon jutaan ampun maaf kerana dua bulan kebelakangan ini, kesibukan amat luar biasa, tumpuan kepada aktiviti PERWILA agak muram sedikit. Terima kasih kepada rakan-rakan JK yang masih meneruskan aktiviti kita.Kini saya di KLIA, esok ke sekolah untuk membereskan urusan kewangan,minggu depan ke Kota KInabalu, minggu berikutnya kembali menyelesaikan tugas di sekolah. Terasa lama benar tidak bersama-sama menjalankan aktiviti persatuan kita.Ketua 1 pun saya percaya juga sangat sibuk, nanti kita aturkan perjumpaan untuk membincangkan perancangan Tahun 2010.

SERONOK JUMPA KAWAN LAMA






Seminar Tingkatan 6 di Summit Subang Jaya, seronok dapat jumpa kawan lama di samping maklumat dan ilmu oleh rakan-rakan. Rakan dalam gambar Saudara Selamon Kosrin, Asris Ali dan Saudara Borhan. Malam tadi kami berbengkel. Aku dan 16 rakan serata negeri dengan tajuk "Halatuju Kokurikulum Tingkatan 6", Aku ditugaskan menjadi Pengerusi Bengkel, seterusnya diberi kepercayaan rakan-rakan membentang hasil bengkel berupa resolusi berkaitan kokurikulum. Ringkas sahaja pembentangan dan aku gunakan strategi tanpa ruang mengemukakan soalan kerana waktu sudah larut malam. Selepas itu Human, sahabatku datang, kami makan mee canai di kedai mamak seberang jalan Manakala gambar lain itu bersama keluarga semasa bercuti konvo Ijat tempohari.