Wednesday, October 21, 2009

HARI BERSEJARAH KAMI DI LABUAN

Hari ini 21 Oktober 2009, hari bersejarah kami di Labuan kerana ANGKASAWAN NEGARA, Dato' Sheikh Muzaphar datang ke sini, petang tadi di JPN Labuan sempat bergambar dengan ALK Koperasi Pelajaran W.P Labuan Berhad, dan di sebelah malam bersama anak-anak turut berada di Restoran Terumbu Warisan, Labuan menanti kedatangan Angkasawan Negara bersama rombongan CEO ACMS Pulau Pinang. Sebahagian gambar kami dengan beliau...
GAMBAR KENANGAN KAMI ABADIKAN SEPANJANG HAYAT...






Monday, October 19, 2009

BERSEMINAR DI KOTA KINABALU

Dari 19-21 Oktober aku bersama rakan pengetua, guru besar serta KS JPN berseminar Wacana di Hotel Imperial International. Syukurlah dapat bersama dengan Samsiah, isteri tersayang di Kota Kinabalu. Esok akan kembaali dengan tugas masing-masing di dua lokasi berbeza...

Monday, October 12, 2009

NADIAH HADAPI PMR HARI TERAKHIR DENGAN TENANG

Nadiah, anak yang kami sayangi hadapi PMR kertas Kemahiran Hidup dan Bahasa Arab pagi dan petang ini dengan tenang, kami doakan kejayaanmu. Selepas ini teruskan tawakal dan doa, semoga cemerlang. Adik dan abang/kakak mendoakan juga kejayaanmu, mudah-mudahan mendapat 9A PMR Tahun 2009 ini, InsyaAllah>

Friday, October 9, 2009

RUMAH TERBUKA RAYA

Hari ini Sabtu 10 Oktober banyak lagi Rumah Terbuka, InsyaAllah kami akan datang, ada lima enam jemputan, harap dapat pergi semua tetapi waktunya hampir serentak, antaranya rumah Hajah Mariam, Haji Abdullah (NKP UMNO Labuan), Kapten (B)Kamaruzaman, cg Habibah, manakala sebelah malam pula Jabatan Penerangan di Kompleks Antarabangsa Sukan Laut...Inilah musim raya kan? dapur tak berasap...Terima kasih rakan-rakan. Esok, Ahad pun ada lagi....

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM HJ MAH HASSAN

Petang semalam ketika di sekolah saya terkejut apabila menerima telefon dari Kuala Lumpur, yang menelefon isteri sahabat saya Hj Mah Hassan. Isterinya bertanya "Ini Hj Shaharani ke?" Saya kata bukan, lalu bertanya siapa ni? Saya Sahar, kataku. Katanya, "saya isteri arwah Mah Hassan" Terkejut benar saya. "Haji Mah Hassan meninggal dunia? Bila?Innalillah..hi rajion," "Ya, hari Rabu lepas..."... Terkedu saya mendengarnya, sahabat saya ni kalau ke Labuan mesti cari saya....kami akan berjumpa....Pernah satu malam arwah menelefon, minta tolong carikan rokok, katanya beliau ada di Hotel Dorsett. Sebenarnya saya mengenalinya sejak saya bertugas di Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM lagi dalam tahun 1990-an lagi, ketika itu arwah bertugas di Bahagian Kewangan, KPM. Apabila saya ke Labuan, beliau mencari saya, dan kami selalu bertemu, terutama ketika saya bertugas di Jabatan Pelajaran Labuan...Al-Fatihah untuk arwah, dan takziah untuk ahli keluarganya daripada kami di Labuan.

GAMBAR KENANGAN ANAK-ANAK





Thursday, October 8, 2009

RUMAH TERBUKA YB AHLI PARLIMEN LABUAN DAN RUMAH TERBUKA PENGARAH PELAJARAN LABUAN MERIAH

Saya sempat menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Hj Yussuf Hj Mahal di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan pada 3 Oktober 2009 dan Rumah Terbuka Pengarah Labuan, En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof di Pusat Kokurikulum Ganggarak pada 4 Oktober 2009. Kedua-dua rumah terbuka ini begitu meriah. Pastinya warga Labuan dan warga pendidikan Labuan menyayangi mereka.

Rumah Terbuka YB Ahli Parlimen Labuan begitu meriah, difahamkan kehadiran tetamu melebihi 5,000 orang, ada yang kata mencecah 10,000 orang. Khabarnya yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, orang PAS pun datang, kan raya, kita ketepikan perbezaan fahaman politik ya tak, komponen BN apa lagi, memang ramai....

Rumah Terbuka Pengarah pula kali ini lebih selesa, makanan pun "best" mana tidaknya tukang masak "hotel lima bintang", rendangnya "betul-betul rasa rendang, kata rakan-rakan. Saya pula tertarik dengan minuman orange campur asam boi?....kata remaja "sedap giler"....

Tahniah dan terima kasih YB Datuk dan Pengarah Pelajaran....

PMR HARI KETIGA - GEOGRAFI

9 OKTOBER 2009, PMR masuk hari ketiga, kami doakan NADIAH boleh dapat A Mata Pelajaran
GEOGRAFI, jawab berhati-hati, fikir dulu sebelum menanda kertas objektif.....Gunakan dua hari, Sabtu dan Ahad untuk ulang kaji subjek minggu depan...NADIAH BOLEH!

Wednesday, October 7, 2009

SETULUS DOA NADIAH CEMERLANG PMR

Kami doakan kejayaan CEMERLANG NADIAH DALAM PMR, hari ini ENGLISH, dan SCIENCE. GOOD LUCK.

HARI PERTAMA NADIAH MENGAMBIL PMR

Pagi ini aku restui dengan doa anak daraku Nadiah ke sekolah untuk menduduki PMR, begitu juga menerusi telefon Nadiah menerima restu dan doa ibunya dari Kota Kinabalu serta doa kakak dan adiknya di rumah, pastinya kedua abangnya di Kuala Lumpur dan Lumut mendoakan kejayaan Nadiah. Nadiah BOLEH! Pada sebelah waktu Maghrib semalam kami sama-sama membaca Yasin agar Nadiah dimudahkan menjawab soalan Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam hari ini.

Sebelah petang kami pulang hampir serentak, yang mana Nadiah diambil oleh kakaknya, Nabihah, sedangkan ank bongsu kami Naqibah di dapur, bila kutanya katanya "tak sekolah agama" ada kokum sekolah rendah, aku diam sahaja. Kulihat Nadiah ceria petang ini, bila kutanya boleh jawab? Boleh katanya, yakin, cuma katanya ada satu dua soalan "mengelirukan" biasalahkan?


Gambar Nadiah dengan adik kakak, abangnya

Tuesday, October 6, 2009

SELAMAT BERJUANG DALAM PMR NADIAH TERSAYANG

Selamat menduduki PMR kepada anak tersayang kami NADIAH, PMR yang bermula pagi ini dengan mata pelajaran bahasa Melayu sebelah pagi dan Pendidikan Islam sebelah petang. Seluruh keluarga mendoakan kejayaan 9A kepadamu NADIAH. Jawab soalan dengan teliti dan berhati-hati, banyakkan membaca selawat, mulakan menjawab dengan Bismillah hi Rahman ni Rahim.

Friday, October 2, 2009

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN SAMSIAH, ISTERIKU TERCINTA

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT SAMSIAH, ISTERIKU TERCINTA, SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, MENDAPAT KEBERKATAN ILAHI, CEMERLANG DUNIA AKHIRAT. SEMOGA KELUARGA KITA TERUS DALAM KEBAHAGIAAN DAN HARMONI SEHINGGA KE AKHIR HAYAT, INSYAALLAH.

SALAM SAYANG DARIPADA SUAMIMU, DAN ANAK-ANAK DI LABUAN, KUALA LUMPUR DAN LUMUT.

TERIMA KASIH KEPADA BEKAS PELAJAR SEMELA

Pihak sekolah mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua bekas pelajar sekolah ini yang mengirimkan maklumat dan respons, di mana mereka berada sekarang, ramai telah berjaya sebenarnya, ada yang sudah bekerja, ada yang belajar di luar negeri, sebenarnya mereka mengharumkan nama sekolah ini juga. Pihak sekolah tumpang berasa bengga kejayaan kalian. Teruskan cemerlang dalam kerjaya dan gembira selalu, berjaya dalam hidup.

MAJLIS SOLAT HAJAT PMR/SPM/STPM SMK LAJAU

Majlis Solat Hajat PMR/SPM/STPM diadakan di Galeri Warisan SMK Lajau malam tadi dengan dihadiri lebih 250 ibu bapa, murid. guru dan staf serta ketua-ketua kampung jiran. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti bacaan yassin, amanat pengetua, amanat Pengarah Pelajaran Labuan En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof, seterusnya solat Isyak serta solat Hajat. Selepas itu para jemputan dan murid menikmati jamuan makan malam, yang mana mereka menikmati hidangan ayam kari dan ayam goreng yang dipelihara oleh sekolah, juga sebelah pagi semalam ayam disembelih sendiri oleh guru-guru, serta dimasak sendiri oleh "pakar-pakar masak" SMK Lajau yang diketuai oleh Cikgu Kartini Awi.

Hujan lebat yang turun di pertengahan majlis merupakan "hujan rahmat" yang menjadikan majlis malam tadi, sepatah kata Pengarah Pelajaran " meriah" kerana semua yang hadir berhimpun di kantin sekolah sambil menikmati juadah makan malam, dan hanya beredar apabila hujan mulai reda. Terima kasih Allah yang menurunkan "hujan rahmat" malam tadi.

Setinggi penghargaan kepada tuan Pengarah Pelajaran yang hadir, juga kepada Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Labuan, Cik Kaziyati Osman serta warga guru dan staf SMK Lajau yang mengendalikan majlis dengan sempurna. Semoga "teamwork" seumpama ini kita teruskan demi anak-anak SEMELA tercinta.

Sama-sama kita doakan anak-anak didik kita beroleh kejayaan cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM, mudah-mudahan doa kita diterima Ilahi. Kepada anak-anak SEMELA teruskan perjuangan bagi meletakkan sekolah kita setanding dengan sekolah-sekolah lain di wilayah ini.