Sunday, May 31, 2009

SIKECIL CILI PADI BERCUTI DI KK AWAL

Tengah hari ini sikecil cili padi, Naqibah bercuti di KK awal dengan mamanya. Mereka naik feri ke KK. Kami akan menyusul kemudian, kali ini bercuti di Sabah nampaknya...selepas Nabihah habis PLKN di Papar, bolehlah ke Kundasang dan tempat menarik lain di Sabah....nak ke Tawau ke tidak, tengok keadaan kan....Naqibah siap dengan pakaian mandinya kerana di apartment mamanya ada kolam renang....pandai ke berenang, jangan-jangan pakai pelampung kot.

Aizat dan Amirul di KL, saat-saat akhir untuk konvo dan konvensyen mereka... Teruskan usaha dan berdoa cemerlang lagi....Dah posting nanti, mula alam pekerjaan yang mencabar....Beri tarikh awal supaya abah dan mak dapat atur cuti pada hari konvo kalian.....Semoga terus berjaya.

Saturday, May 23, 2009

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di WP Labuan dan seluruh Malaysia, 16 MEI tarikh bersejarah setiap tahun. Tahniah kepada Tuan Haji Ahad bin Ahmad yang dianugerahkan TOKOH GURU Labuan 2009. Pagi semalam kami merayakan perayaan ini di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan Labuan.

Petang aku dan isteri ke rumah Cikgu Norsiah yang mengadakan kenduri kesyukuran dan arwah di Kerupang, Labuan. Balik dengan bekalan sekali, kata orang Jawa, "bontrot", betul ke istilahnya ni, lupa-lupa ingat.... maklumlah lama tak "ngomong Jowo"

Sunday, May 10, 2009

CUTI PLKN

Sabtu semalam anak ketiga kami yang bernama Nabihah pulang bercuti daripada Program PLKN di Kem Wawasan Papar. Kami menunggu hingga senja di Terminal Feri Labuan, kebetulan Samsiah, isteriku pulang bercuti hujung minggu. Jadi kami bersama anak kami Nadiah dan Naqibah menunggu Nabihah. Sesaat sebelum senja Feri dari Menumbok pun mendarat. Ramai juga pelatih PLKN yang bpulang bercuti, termasuk empat bekas muridku di SMK Lajau. Kami mengucapkan terima kasih kepada Cg Sani yang tolong mengambil Nabihah. Jasa cikgu jadi ingatan kami. Aku kenal Cg Sani semasa bertugas di Jabatan Pelajaran Labuan lagi, masa itu cg Sani di SJKC Chung Hwa, sekarang beliau di SK Sg. Bedaun.

Seronok adik-adiknya melihat kakaknya tiba, khususnya sikecil comel, Naqibah, terus mereka berpelukan macam orang balik haji pula....Kakak mereka akan bercuti hingga 12 Mei, kebetulan esok, 11 Mei Nabihah akan melapor diri untuk ke Tingkatan 6(Program PraU SEMELA) di SMK Lajau, tempatku bertugas, lusa akan balik berkursus di PLKN. Ibunya pula pagi esok akan pulang ke Kota Kinabalu.

Selamat Hari Ibu untuk Samsiah, isteriku, juga ibu mertuaku Hjh Masimah Hj Ahmad...juga kepada semua ibu di Labuan, Malaysia dan di seluruh dunia...Selamat menyambut HARI IBU.....Hari Bapa bila ya?....

Tuesday, May 5, 2009

CATATAN MURID SMK LAJAU YANG MENCATAT SEJARAH TERSENDIRI DEMI SMK LAJAU TERCINTA

CATATAN PELAJAR YANG KE UNIVERSITI DARUL IMAN, DEKAT DENGAN TEACHER AZIMAH, TAHNIAH M. SAFWAN DAN RAKAN-RAKAN YANG KE U DAN KOLEJ, BOLEH BERLAKON JADI JEPUN LAGI, TAMBAH DENGAN HAMIZAN, NGAM TU.

"hehe...1 haribulan may 2009...dengan rasminya sya dtrima masuk ke universiti darul iman,dkat terengganu...course yng sya dpt mmng slamanie sya nk pun hahaha!!!....teknologi maklumat(multimedia)..haha...x ingat plak nama dia...hehe...hritu bkan sya yg check kakak sya check kt shah alam...haritu takut gla...30 haribulan lpas jak smayang baca yasiin...then 1 haribulan smayang subuh plak tinggal...jam 11 baru bgun bengong tol haku...then kawan sya Hamizan pun dapat tapi dkat Uitm..course yang dia dapat kejuruteraan mekanikal,tem tu sya lom check lg bab internet kat rumah buduh,haha...aiseh ko mmng cmpin my pren haha...mak sya ckp lau sya dpt course seni bina kat Politeknik cmna...hah!!fkir dua kali nie beb....hehe...Nw Sya Akn Prgi Blaja UntuK jadi Orang Yang BerGuna!!! haha!!!...Bdak 5 Amanah yg dah dapat tawarn n dh smbung blaja....Huzaisyis(matrikulasi),Adi Hezazi(Blaja kat IPB kt kl,ambik akaun),Hamizan(dpt tawarn tmuduga INSTEP,n tawaran masuk Uitm,kejuruteraan mekanikal),hafizah mohammad(tawaran masuk matrikulasi) ,syafikah mat jais(tawaran masuk Matrikulasi),Rosneza(tawaran masuk Matrikulasi),Hairom haitam(tawaran masuk matrikulasi) termasuk akulah wei!! sya pun dapat jua!!!..hehe tu jak sya tau,lau da yg len n tak tertulis namanya showi mana sya tau haha...kepada pengetua hehe...tengok kmi dh dpat smbung Stdy!!! hahaha,spatutnya kn gambar kami kna ltak bah dkat galeri skolah sbab kami dapat sambung masuk U baru tiada orang lpa sal kami hahaha!!! nda mau mau eyh...SMK Lajau The BEst!!! wlaupun apapn org ckap sal SMK Lajau, pedulik hapa dorang,dorang suma SOT...yg penting kami suma Blaja Di SMK LAJAU!!! n LAu KamI Berjaya PUN Dari SMK LAJAU jugak,n dari cikgu2 Dari SMK Lajau Jgak!!! Jeritan Semangat Ntuk SKolah KU yng TercHenta!!!! Yargh!!!!!!!! hahahahaKami adalah bdge paling campin kat lajau!!! hahaha!!! Yah Cikgu Doakan Kami Berjaya!!! n Jadi ORang yanG berGUna!!!! YaRgh!!!!! hehe...jgn marah ckgu!!!"

PENGETUA TAK MARAH.... BANGGA DENGAN SEMANGAT KALIAN.....
TAHNIAH MURID-MURID SMK LAJAU YANG KAMI SAYANGI.....MOGA JADI IKUTAN ADIK-ADIK SPM, STPM DAN KAKAK-KAKAK STPM 2009

INI KOMEN PENGETUA SMK LAJAU DALAM BLOG SAFWAN CAMPIN

"Wah! Kau orang memang hebat giler! .....nanti kami tampalkan gambar students yang masuk ke U ke kolej ke, matrikulasi ke....merata-rata sekolah, dalam Taman Rama-Rama pun kami letak (Maaf sekarang dah jadi "Reban Ayam" ada 50 ekor anak ayam kampung sumbangan Pengarah Jabatan Haiwan Labuan, Dr Hisham. Thanks! Raya nanti kenduri ayam goreng BEST!.dalam Galeri? Kena tapis dulu.... mau sponsor ke?....Bagus!Bagus!... semua murid SMK Lajau terchenta memang HEBAT! Kami doakan cemerlang semua jadi orang.... jadi ORANG BERGUNA!"

SAMBUT HARI JADI KE-50 DALAM HUJAN LEBAT

Kenangan sambutan Hari Jadi ke-50 sebelah malam penuh kenangan yang tidak dapat dilupakan. Aku dan Ammar (Pengetua SMK Labuan) ke Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Labuan ke-25 juga sempena Water Festival di Kompleks Sukan Antarabangsa Laut Labuan, di sana berjumpa dengan Pengarah Pelajaran Labauan dan isterinya, kami duduk bersebelahan, di baris keempat, di belakang YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Pelancongan. Majlis yang diserikan dengan nyanyian penyanyi tersohor seperti Mawi, Ella, M. Daud Kilau, Khatijah Ibrahim, Milla dengan bunga api, majlis rasmi tamat jam 1030 malam, kami bersama dif jemputan lain mengiringi YB Menteri dan YB Ahli Parlimen Labuan ke kereta, YB dan datuk datin masuk kereta kami di belakangnya tiba-tiba terperangkap daam hujan tiba-tiba begitu lebat hingga lencun... Kami bersama-sama beribu-ribu penonton lain bertempiaran mencari perlindungan hujan lebat.

Alang-alang basah selepas seketika di bawah khemah, hujan mulai reda kami selamba dalam keadaan basah ke kereta kami yang agak jauh dari pentas utama.... Satu lagi masalah, mencari kereta 10 minit baru jumpa, lepas itu terperangkap jam macam di Kuala Lumpur. Lepas itu kami ke Masjid An-Nur, kereta Ammar di sana, malang lagi kerana pagar masjid berkunci, lalu kuhantar rakanku ke rumahnya di Taman Kawan-Kawan...Hampir jam 1.00 pagi baru aku sampai ke rumah di Durian Tunjung.

Sambut usia 50 Tahun dalam hujan, jam dan balik lewat dinihari.


Subuhnya, aku menerima sms daripada orang tidak dikenali menyampaikan khabar Haji Salleh Hj Bakar pulang ke Rahmatullah jam 1100 malam tadi, AL-FATIHAH. Allahyarham pengawal keselamatan sekolahku, bertugas dengan cemerlang.Semoga rohnya dicucuri Rahmat-Nya. Paginya kami warga SMK Lajau menziarahi jenazah bergilir-gilir.