Monday, April 20, 2009

MEMBERI CERAMAH INDUKSI DI KOTA KINABALU

Aku memberi ceramah Induksi untuk guru-guru dari W.P Labuan dan Sabah dari 20-21 April 2009.Seramai 94 peserta menghadiri kursus ini. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah Perintah Am dan Arahan Keselamatan.

Friday, April 10, 2009

JAMUAN PERPISAHAN SMK LAJAU

Majlis Jamuan Perpisahan Guru dan Staf SMK Lajau diadakan di sebuah restoran berhampiran Kompleks Sukan Antarabangsa Laut Labuan jam 7.00 malam dianjurkan oleh Kelab Guru/Staf sekolah ini bagi meraikan Puan Nuraiza Mohd. Azmi, Puan Jumah Ismail, serta Encik Azahari Abd. Rahman. Hampir semua guru/ staf hadir jamuan ini yang turut dihadiri Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron bersama-sama isteri dan anak bongsu beliau.

Saturday, April 4, 2009

PUISI PAGI

PADA HARI-HARI AKHIR PERTEMUAN INI

Pada pertemuan hujung minggu ini
Menemukan para sahabat dari pulau mutiara
Ke daratan kota yang sibuk pada santai malam
Berjalan-jalan menyusuri samar resah melihat anak-anak seksi
Gadis-gadis dengan menjepit rokok di tangan
Pada cucukan bibir dengan anting-anting silap lokasi
Apakah makna malam pada remaja dengan haluan terpesong
Melupakan nilai harga diri yang terbiar malar
menjalar sasar.

Paginya majlis ilmu perkongsian tabiat amalan terbaik
Daripada rakan dengan susunan latar nilai
Kepimpinan pembangunan organisasi
Menjulang pulau impian milik bersama kita
Pada nilai budi anak-anak yang mewarisi
Warisan berharga sepulau ini.

SAMSA HARRIS
Tang Dynasty, Kota Kinabalu
5 April 2009

Friday, April 3, 2009

SEMINGGU DI KOTA KINABALU

Selama seminggu bertugas luar di Kota Kinabalu, dari Hotel palace, selepas itu aku berpindah ke Tang Dynasty. Bermula pada hari Isnin, 30 Mac aku menghadiri Kursus Menerajui Perubahan. Banyak perkongsian dengan rakan pengetua dari Sabah, aku wakil tunggal Labuan. Aku memohon kursus melalui online di Laman Web IAB. Aku berjumpa dengan rakan-rakan lama seperti Jayasilar, Jeffre, Sabdin, Bad Hamid, Zarida, Siti Selmiah, Mike, dan Sariffudin....Penceramah kami Encik Mazlan Samsuddin, dan urus setia Zulkifli. Menerajui perubahan satu tajuk yang menyeronokkan untuk dibincangkan, sebagai pemimpin harus berani untuk membuat perubahan, kesimpulannya pendekatan kemanusiaan adalah cara terbaik untuk berubah, keikhlasan adalah intipatinya, kita harus menawan hati guru/staf.

Setiap pagi aku menghantar Sam melalui jalan pintas ke bandar melalui Wisma City ke bas stand bandar di hadapan bangunan Mahkamah, selepas itu aku pulang semula ke hotel Palace.

Selepas itu, aku berpindah ke Tang Dyansty untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan Sekolah sehingga hari Ahad. Bertemu lagi dengan rakan-rakan pengetua, guru besar dan pegawai Jabatan Pelajaran Labuan, termasuk Sdr. Jirim, Sdr. Yusup, Sdr Matlong, Sdr Sappar, Sdr. Sulaiman, Sdr. KuHelmy, Sdr Safie, Sdr. Ludin, Sdr, Awang Chuchu, Sdr. Awang Kalong, KS2, Ku2 dan rakan lain....

Pagi ini aku sarapan pagi dengan Sam, di restoran mamak, makan roti canai.