Thursday, February 26, 2009

ADA LAGI GAMBAR PARIT JAWA MASA CUTI LEPAS

Pemandangan Tepi Pantai
Keluarga Bahagia
Jambatan Uzur di Pantai Parit Jawa

Hati-hati Bahaya Tu
Baik-baik Jangan Jatuh Pula


Ukur Apa Tu Buat Kajian Geografi Pantai Ke?
Sayang Abang Ijat, Raya Nanti Bagi Duit Tau...

ANAK KECIL GIAT BERLATIH JALAN KAKI UNTUK WAKIL SK KERUPANG

Anak bongsuku, Naqibah sekarang sedang giat berlatih jalan kaki 1500 meter untuk mewakili sekolahnya, SK Kerupang. Ini gara-gara dia menang tempat kedua jalan kaki dan kedua lari berganti-ganti 4x200 meter semasa sukan sekolahnya tempohari, sedangkan dia baru Tahun 4, berlawan murid tahun 5,dan tahun 6, dia juga mendapat gangsa 4x100 meter. Bersemangat benar anak bongsu kami ini.

Minggu ini Samsiah, isterku tidak pulang ke Labuan kerana akan bertugas luar di Sandakan, lama juga kami tidak ke sana, kali akhir Tahun 2004 yang lalu. Kami berempat di Labuan,mana lagi nak pergi kalau tidak ke UK dan menyusur pantai Labuan, ataupun ke Dataran Labuan melihat bunga api malam penutupan Hari Wilayah tahun ini.

Monday, February 23, 2009

SIBUK MENYIAPKAN ANTOLOGI PUISI, GAMBAR-GAMBAR UNTUK GANTINYA

Budak-budak Ni Dah Senja Belum Balik Lagi, Mahu Kayu ke?
Mana Ada Lokan, Banyak Pencemaran....





Lumpur Pantai, Seronoknya
Main Lumpur Ya, Baik-baik Ada "Umpun-umpun"...
Bila Lagi Nak Terjun Mandi?....

Thursday, February 12, 2009

AL-FATIHAH BUAT ABANG PAIMAN (BAHARI) SELAMAT

Meerima panggilan telefon daripada Azmi, abang Bahari sedang nazak, tidak lama selepas itu Kak Non menelefon jam 849 malam, abang Bahari telah pulang ke Rahmatullah, Al-Fatihah buat abang Bahari yang kembali dalam usia akhir lima puluhan. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Buat Kak Ros dan anak-anak, tabahkan hati dan banyakkan sabar, segalanya ketentuan Ilahi.

Wednesday, February 11, 2009

DUNIA INI MEMANG BENAR-BENAR KECIL

Hari ini ketika pulang daripada menghadiri Mesyuarat Hari Guru di JPN Labuan, aku dikenalkan oleh pegawai JPN, En. Ibrahim Donglah kepada dua pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, "ini pengetua SMK Lajau, orang Johor." Aku bersalaman dengan pegawai LPM itu, "Ini orang Sungai Lurus ya?" ,,, AH, Sudah!, orang kampung ke?.... "Saya Syed anak Wak Mumin, Kampung Batu. Kampungku dekat dengan kampungnya..."Saya Sahar...ah, "Harris"(panggilan di kampung", anak Wak Misron..." kataku...Seorag lagi kawannya Saiful Bahri (Belum sempat berbicara)..."Abang Azmi kan?....Aku kawan Azmi".... La kecil benar dunia ini....Aku pun sampaikan bahawa Wak Misran (bukan Misron) baru meninggal dunia... Wak Misran tu sedara kami, katanya....Kalau gitu, ada kaitanlah kita kan?..."Kamsani tu di KL, kawan aku" Kata Syed..."Kalau ada kenduri di KL mesti dia datang....

Inilah gara-gara merantau, jumpa sedara di Rantauan.... Labuan menemukan kami!

Monday, February 9, 2009

SAMSIAH DI AKADEMI.....

Samsiah, isteriku sedang berada di Akademi Audit Negara, Nilai Negeri Sembilan, berkursus sehingga 14 Februari, hai dah dua kali berkursus di sana sejak cuti sekolah yang lalu, kursus menambahkan pengetahuan, jangan lupa kerja sudahlah, gunakan ilmu sebaik mungkin,...... mana tahu boleh naik pangkat lagi, dapat juga kami tumpang rezeki.... kena belanja di Hotel Istana tau.... Nanti bulan Mac bolehlah abang belanja di Dorsett Labuan....sekarang tunggakan belum dapat lagi....

Aku sms Samsiah, ceritakan pertemuanku dengan As, orang kampungku, juga saudara jauh.... Tapi bila merantau begini saudara jauh jadi saudara dekat... Teringat masa aku ke Europe dulu, pantang jumpa muka macam orang Melayu, cepat sahaja nak tegur, "Are you Malaysian?" termasuklah orang Cina yang mukanya nampak macam orang Malaysia...Terus bersembang, sama-sama rindukan Malaysia kan...Rasa seronok jumpa "Malaysian"....kadangkala tersilap juga, sebab orang Filipino pun rupa kita, orang Indonesia pun sama muka kita, orang Cocos pun muka kita...Itu yang kadangkala orang pun silap tegur kita, yang lucunya bila ada orang tegur aku orang Pakistan ke? Tertawa terbahak-bahak aku.... mungkin kulit sawo matang dengan hidung mancung... Di Filipina pula ada orang sana terus cakap Tagalog denganku kerana menyangka aku orang sana, apa lagi aku pun kata "Hindik" (Tidak), "I am Malaysian, from Malaysia...." Dia macm tak percaya saja, yalah mukaku macam Jowo (Jawa) ada, macam Filipino ada, macam Pakistan pun ada.... bolehlah aku menyamar kan?... He he he...

KECILNYA DUNIA......DARI SUNGAI LURUS KE LABUAN

Memang benarlah kata orang dunia ini kecil rupanya. Hampir enam tahun aku di Labuan, petang ini seperti biasa aku membeli nasi bungkus di gerai Kerupang, nasi bungkus kata orang Labuan "tapau"... sedang tapau makanan, aku terdengar penjual itu seorang perempuan dalam lingkungan 30 an, bercerita bapanya meninggal dunia baru-baru ini akibat jatuh dan terus koma. Apabila pelanggan yang berbual itu berlalu pergi aku bertanya, "Johor di mana?" Dia menjawab, "Batu Pahat", aku bertanya lagi "Batu Pahat di mana?", katanya di "Senggarang!" Terkejut aku, lalu tercetus "Sungai Lurus?" Dia mengiakan... Sungai Lurus Laut, katanya.

"La, sekampung kita, anak siapa? "Anak Misran"... dah dekat dengan "Misron, bapaku. "La, anak Wak Misran?" Terlopong aku, rupanya Wak Misran baru sahaja meninggal dunia, orang tua yang begitu lama tidak aku temui. Rupanya penjual di gerai itu anak Wak Misran, gelaran namanya As, aku ingat-ingat lupa.... kerana usianya jauh lebih muda, masa aku dewasa dia masih budak-budak lagi, lagipun aku awal-awal lagi sudah keluar merantau, sama ada semasa belajar di Tingkatan 6, maktab perguruan , universiti, hingga ke London...

lepas tu balik ke Kuala Lumpur lagi, memang aku bertuah berjumpa dengan orang kampungku di Labuan, yang juga masih ada pertalian keluarga yang agak jauh, malah semasa Kampung Sungai Lurus Laut yang asal belum dimakan laut, kami tinggal sebelah rumah, berjiran dan bersaudara. Mungkin dia pun tidak menyangka akan berjumpa dengan orang kampungnya. Aku pula di kampung dikenali sebagai "Harris", mana orang kenal "Sahar" hanya kenalan rapatku dan keluargaku sahaja yang tahu kalau di kampung.Pelik juga aku bila dia panggil, "ini abang Harris ya".... dalam keluargaku orang kampung lebih mengenali kakakku, Sanah (Kak Non), abang Salleh, dan Kak Ros, serta adik bongsuku Idah (Zuraidah), aku dan adikku Azmi orang tak berapa kenal... mungkin kerana kami di tengah keluarga...itulah akibat merantau awal-awal masa sekolah... Macam Kak Non, kakakku seorang Ustazah ramai kenal sebab anak sulung,guru As juga, begitu juga Idah anak bongsu kerana umurnya tidak jauh beza dengan As....AS, nama penuhnya pun aku tak tahu, esok-esoklah aku tanya....aku pun berikan no telefon adik-beradikku yang lain...

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Wak Misran, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman (umurnya 78 Tahun masa meninggal). As juga menyampaikan khabar, Madi abang sulungnya yang pada mata kasarku , se3orang nelayan pantai yang tabah dan gigih kerana keberaniannya meredah Selat Melaka, mencari rezekinya di laut, juga Al-Fatihah kepada arwah abang Madi.....

Dunia ini kecil rupanya, Pulau Labuan menemukan jiran/saudara sekampung....Walaupun sudah bertahun aku membeli makanan, tak pernah pula kami bercerita asal-usul, nasib baik telingaku menangkap perbualannya dengan pelanggannya tadi....Pulau Labuan Indah tempat kami mencari rezeki, siapa sangka dari Kampung Sungai Lurus ke Labuan, ada kenangan yang menjaluri diari hidup kami.

Saturday, February 7, 2009

HUJUNG MINGGU BULAN FEBRUARI

Minggu ini, isteri Samsiah balik ke Labuan, gembira anak-anak. Walaupun sibuk dengan pelbagai acara rasmi seperti Perjumpaan Permuafakataan sekolah "feeder" SK Lubok Temiang, jam 8.00 pagi Sabtu, selepas itu Majlis Perasmian PSV Pameran di UK, kami sekeluarga sempat juga ke pameran seni visual di UK. Karya seni berupa lukisan dan catan sungguh memukau dan menarik perhatian, hebat guru-guru PSV di Labuan rupanya, karya rakan guru Puan Norita Ismail (KP PSV) sekolah kami, Saudara Mohd. Nizam Yassim pegawai JPN, Cikgu Saidi, malah karya muridku Mohd. Safwan Md Nor turut pamerkan. Perasmian oleh Encik Mohammad Zaki Mohd. Yusof, Pengarah Pelajaran W.P Labuan. Beliau menyarankan agar bahan pameran bolehlah dipamerkan di Galeri Pembelajaran SMK Lajau sekiranya ada majlis yang sesuai, kami warga SMK Lajau mengalu-alukan.

Tahniah kepada rakan-rakan guru PSV Labuan. Gambar pameran akan menyusul...
Damai,Pagi Ahad aku akan ke SMK Mutiara untuk promosi keanggotaan ahli baru Koperasi Pelajaran W.P Labuan (Kopell Bhd), jam 8.30 pagi, selepas itu menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kem Pengawas SMK Lajau dan selepas itu menghantar Samsiah ke Terminal Feri Labuan, petang pula sudah tentu membawa anak-anak ke Pantai Damai, Pohon Batu... Jalan-jalan Cari Makan... Selamat Berhujung Minggu kepada saudara-mara, sahabat, murid dan guru-guruku di seluruh pelosok dunia.

Thursday, February 5, 2009

HABIS BENGKEL KAMI PULANG KE LABUAN

Habis bengkel kami pulang ke Labuan, masing-masing dengan buah tangan. Hampir separuh kapal terbang penuh dengan kumpulan kami. Aku belikan anak-anak aiskerim dan "gummy manggo", seronok mereka. Erwin mengambil aku di lapangan terbang. Terima kasih Win.

Politik Perak bergolak, apa kesudahannya? Siapakah MB? Siapakah exco?....Kita tunggu dan lihat, tak perlu nak komen, dah ramai orang komen...

Tuesday, February 3, 2009

BERJUMPA JIRAN SETAMAN DI KUALA LUMPUR

Petang semalam nak jadi cerita, selesai berbengkel ABM apabila masuk ke lif terkejut juga apabila terserempak dengan jiran belakang rumahku di Jalan AU2B Taman Seri Keramat KL yang sudah lebih enam tahun kami tak berjumpa, jiranku itu saudara Kamal. Kami bersembang di lobby bersama sahabatku Saudara Yusup Mohamed, pengetua SMK Pantai. Saudara Kamal dalam perjalanan dari Sandakan, seterusnya ke KK dan esok pagi ke Tawau sebelum pulang ke KL. Katanya sekarang kegiatan perkumpulan penduduk di AU2B tidak semeriah dahulu, semasa ASP Najib menjadi penghulu Taman, walaupun beliau sudah balik semula ke KL, ASP Najib menyewa di taman berdekatan.

Sebelah malam bersama Saudara Jirim Toysim, Pengetua SM St. Anthony,dengan Kamal kami makan roti canai di kedai Mamak (pekerjanya tidak faham bahasa Melayu)Sebelumnya aku dan Yusup juga makan roti canai... Sebelah petang aku dan Samsiah makan ikan bakar di Pasar Filipina. Malam sempat bersama Pembantu Tadbir, Saudara Azahari Abd. Rahman berbengkel di Tingkat 8, Hotel Imperial International, Kota Kinabalu. Esok kami sambung bengkel.

Monday, February 2, 2009

BERBENGKEL DI IMPERIAL INTERNATIONAL HOTEL

Minggu ini pegawai JPN Labuan, pengetua, guru besar serta penolong kanan semua sekolah di Labuan menghadiri bengkel Anggarn Belanja Mengurus di Hotel Imperial International Kota KInabalu dari 2-5 Februari 2009. Kami sampai pagi semalam, sempat menziarahi Cikgu Kuizanah yang terlantar di Hospital Queen, dan Puan Normadiah yang menghidap kanser buah pinggang, aku, Puan Maimoon (KS SPA) serta Tuan Haji Hamka sempat ke sana. Sebelah petang Puan Dona Undoh sempat juga menziarahi, dan Puan Zam Zam, Pengetua SMK Mutiara juga sempat ke sana sebelah malamnya..Sebelah petang hingga ke malam berkongsi pengalaman dengan Pengarah kami, En. Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof, juga taklimat Score A.....