Sunday, July 6, 2008

PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI KE BRUNEI DS

Pada 30 jun lepas, rombongan kami dari Labuan melawat Brunei DS. Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di Brunei walaupun sudah hampir enam tahun menetap di Labuan. Dengan menaiki Feri dari Terminal Antarabangsa Labuan, kami bertolak jam 9.00 pagi dan sampai sejam lebih di Brunei DS. Tempat pertama kami lawati ialah Pusat Tingkatan Enam Berakas, selepas itu ke Kompleks Membeli-belah sebelum ke Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam.

Walaupun singkat waktu kami mendapat manfaat untuk digunakan sebagai pengalaman ketika merancang tugas apabila pulang ke Labuan kelak. Teman Jabatan Pelajaran Labuan serta pengetua dan guru besar Labuan pasti mendapat manfaatnya. Terima kasih kepada Pengarah Pengurusan Sekolah Harian, KPM, juga Pengarah Pelajaran Labuan yang membawa kami ke Brunei DS.

Mungkin selepas ini lawatan boleh dipanjangkan kerana lawatan singkat ini agak memenatkan kerana jangka masa singkat, orang kata "balik hari" selepas ini elok kalau lawatan dengan bermalam semalam dua.

Thursday, July 3, 2008

TERIMA KASIH SAUDARA HUMAN BERMALAM DI RUMAHKU

Terima kasih saudara Human kerana sudi bermalam di rumahku semasa datang ke Labuan awal minggu ini. Minta maaf banyak kerana agak sibuk dengan tugas rasmi kita hanya berjumpa waktu petang dan malam sahaja. Sayangnya kita tidak berkesempatan berjumpa dengan sahabat kita saudara Mohd. Yarim Dolir yang rupa-rupanya turut berada di Labuan, kita hanya maklum selepas beliau berada di Kota Kinabalu.

Elok rasanya kita atur "reunion" di Kuala Lumpur pada akhir tahun, mempertemukan rakan-rakan lama di PPK dulu. Bagus kalau kita dapat himpunkan mereka di lokasi yang kita tentukan kemudian.