Monday, May 26, 2008

MAKLUMAT TERKINI STAR RATING

Sahar Misron dan rakan pengetua dan guru besar menghadiri taklimat "Star Rating" di Jabatan Pelajaran W.P Labuan pada pagi ini 27 Mei 2008. Taklimat disampaikan oleh Pengarah Pelajaran W.P Labuan dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan. Turut hadir Encik Omar Baki Matusin Ketua Sektor SPS dan Encik Ismail Abdullah, Ketua Sektor SPPP. Maklumat terbaru ini menambah maklumat terkini tentang penarapan pihak MAMPU yang akan melawat Jabatan Pelajaran serta sekolah-sekolah di Labuan mulai Jun 2008

SAUDARA SAFRUDDIN SELAMAT DATANG KE LABUAN

Saudara Safruddin, selamat datang pertama kali ke W.P Labuan. Saya, Safrudin dan Jirim makan malam di Terumbu Warisan, Tanjung Aru, W.P Labuan malam tadi.

Saudara safruddin, jangan serik datang lagi ke Labuan ya....

Saturday, May 10, 2008

SAHAR MISRON MENGHADIRI HARI GURU KEBANGSAAN DI MELAKA

Sahar Misron akan menghadiri Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Melaka dari 14 hingga 17 Mei ini bersama-sama dengan 14 rakan guru dan pegawai Jabatan Pelajaran W.P Labuan.

Selamat menyambut Hari Guru kepada semua "cikgu" di seluruh negara, selamat hari guru juga kepada setiap "cikgu" yang pernah menjadi guru kepada kita semua, semoga jasa baktimu mendapat kurniaan Ilahi jua.

Terima kasih cikgu-cikguku tersayang.